Wednesday, May 11, 2011

Jakarta - Hari 1 & 2

Jalan naik keretapi Bandung-Jakarta memang cantik terutama ketika masih di kawasan pergunungan. Serius. Cukup, itu je yang gua nak bagitau sini. Papehal, lu orang kena cuba sendiri. Dalam ketapi, lcd tak habis-habis ulang tayangan tentang seorang penjawat awam, polis ke tentera entah yang bernama Nurman yang dikatakan Jastin Bibir Indonesia. Tak caya cuba lu orang youtube Nurman Chaiya-Chaiya. Rasa nak tarik brek kecemasan pun ada. Macam lahawau!


Isi borang dulu sebelum beli tiket.


Agro Parahyangan di Stesen Bandung.


Padi huma dan jambatan. Lu tengok bayang ketapi lalu atas jambatan besi? Nervous juga nak hulur kepala luar tingkap.

4 jam sampai Jakarta, terus check-in hotel di Ibis Mangga Dua. Ingatkan hotel murah tapi bintang banyak juga rupanya. Mahal. Mujur malam terakhir. Letak beg, terus pusing-pusing pasar sekitar yang semuanya bersambungan antara satu sama lain sampai sesat dibuatnya. Besar saja, tapi barang lebih kurang sama terutama barang perkahwinan. Berlambak!

Bosan, ambil teksi minta hantar terus ke tengah-tengah Bandar Jakarta yang landmarknya tugu pasangan lelaki dan gadis angkat tangan kanan tanda ‘Selamat Datang’ tengah-tengah roundabout. Patut mahu ke Pasar tanah Abang tapi drebar teksi cakap ia tutup awal. Jam 4 sedangkan jam dah 3.30. Dari situ, kami mula masuk ke shopping complex yang semuanya standard ala-ala KLCC dan Pavillion. Cuma setiap kali nak masuk, lu orang akan kena imbas oleh Pak Guard. Maklumlah, Jakarta kan kerapkali jadi target pengeboman. Dahla minggu lepas Jakarta gempar Gereja Cathedral jumpa bom. Harap juga ada bom, boleh gua tibai kasut Gucci dengan suit Armani tengah orang kecoh-kecoh selamatkan diri. Huh!

Pusing-pusing, manalah tahu boleh jumpa Jupe aka Julia Perez tengah shopping. Kalau jumpa Maria Ozawa dah kira bertuah sangat. Kang tak pasal-pasal pergi Hard Rock Cafe tibai sehelai baju sebab kolar depan baju gua kotor darah meleleh dari hidung. Hii.

Dari tengah Jakarta, kami jalan kaki menghala ke Monas (Monumen Nasional). Penatnya boleh tahan. Mulanya nampak macam dekat sebab dari jauh dah nampak puncak. Sempatlah singgah Sarinah kejap usha kedai Manchester United. Lepak di Monas sampai hari gelap sebelum balik hotel.

Monas


Esoknya bangun lambat sebab flight pukul 2 petang. Bagusnya kawasan Mangga Dua ini sebab senang nak acces ke Lebuhraya untuk ke Bandara (Bandar udara) iaitu airport. Selamat tinggal Indonesia!

No comments:

Post a Comment