Monday, May 17, 2010

Semah & Jijah #4

Gambar tiada kena mengena dengan Semah atau Jijah. Saja gua nak letak gambar terkini. Sejuk sikit luorang serta awek-awek luar sana dapat tengok gua sekali sekala. Time ni gua main futsal lawan student. Entah kenapa sukar betul nak jaringkan gol bila lawan pasukan perempuan. Asyik hilang fokus saja. Haiya, memalukan.

Eh, ok gua sambung cerita Semah & Jijah.

Terkejut dengan kemewahan Kasim, gua kembali labuhkan punggong duduk. Fikiran masih buntu berfikir. Pelbagai tanggapan berlegar liar di akal fikiran. Sudahlah pertanyaan gua hanya dijawab dengan senyuman riak bangga Kasim. Kini semuanya kelihatan tak masuk akal. Gua renung permukaan meja dalam-dalam. Semut yang tengah hurung batang sawi liar atas meja pun nampak nervous dan bersepah lari bila tengok gua.

“Cantiklah macam itu. Baru sedap sikit kalau naik BMW pergi KK. Pergh!” Gua tiba-tiba bersuara riang. Gua dah terbayang riak muka awek-awek Filipina nanti bila tengok gua tunjuk muka tepi tingkap sambil pakai RayBan dan letak siku keluar tingkap. Fuh!

“Kalau macam itu, pagi jumaat tepat jam 7 kita berkumpul di Petronas Matang Jaya ok?” Firoz beri cadangan.

“Taknaklah. Apa kata Petronas Satok?” Syukri ngada-ngada mempertikai cadangan.

“Kenapa Satok? Apasal tak Matang Jaya?” Firoz bingkas minta penjelasan. Sesekali kacamatanya terumbang-ambing kiri kanan akibat pergerakan otot pipi.

“Aku takut. Hari itu, masa aku tengah bertonggeng isi minyak, ada seorang minah jaga kaunter ni asyik jeling-jeling punggong aku je dari jauh. Orangnya nampak cantik. Muka ala cina-cina. Sebiji macam muka anak sepupu Chua Soi Lek” Syukri menerang panjang. Hidungnya tak lupa kembang kempis. Bangga sangat gamaknya sebab pertama kali kena usha dengan minah muka amoi-amoi. Selalunya minah indon saja yang berselera dengan Syukri.

“Habis, kalau dah cantik siap muka macam amoi, apahal yang ko takut sangat?” Gua Tanya buat-buat marah. Perasaan jeles gua sembunyikan dalam hati dalam-dalam.

“Itulah, habis saja aku isi minyak, aku beranikan diri pergi rapat-rapat untuk bertegur sapa dan minta nombor telefon. Macam seorang lelaki gentleman. Tapi, bila dah rapat, lain macam je aku tengok.” Ayat Syukri tergantung. Matanya terkebil-kebil melakonkan watak babak ceritanya. Hodoh lagaknya dah iras Azlee Senario.

“Apasal?!” Kali ini Firoz betul-betul marah. Perasaan jeles Firoz memang nampak terang-terang. Firoz sering beranggapan yang dia adalah Johny Depp Malaysia. Firoz pernah bagitau gua juga yang dia merupakan budak paling hensem masa belajar tadika dulu di Tadika Jenis Tamil Kampung Ijok, Selangor. Bapak dia salah daftar tadika. Patutlah.

Buat pengetahuan lu orang, Firoz memang jarang kena ngorat dengan wanita. Jikalau ada pun, pernah ada sekali dahulu masa kita orang lepak minum-minum air buah gelas besar dekat area Bukit Beruang Melaka. Itupun wanita negro. Kalau tak silap gua, asal dari Burkina Faso. Boleh tahan juga silau gigi dia bila tersenyum lebar memandang Firoz dengan perasaan romantik. Sakit juga mata gua. Silau.

“Aku tengok leher dia macam ada buah halqum je. Dahla bulu roma dekat lengan lebat gila. Timbulan parut suntikan BCG pula bukan main besar lagi. Semua tak seksi” Jawab Syukri dengan nada kecewa. Gua perasan Kasim dengan Firoz dah tunduk pandang kaki kerusi sambil badan getar-getar. Gua senyum sinis.

“Oklah, Satok pun Satoklah.” Gua tambah lagi. Senyuman masih sinis terukir.

“Eh, banyak ke pakaian kena bawa? Seluar dalam berapa banyak perlu eh?” Kasim akhirnya bersuara macam orang bongok.

Ppaaanggg!!! Gua lempang bibir Kasim laju-laju. Dah pakai BMW pun masih tak reti nak rancang penggunaan seluar dalam hari-hari? Mata Kasim mula berkaca. Padan muka.

Lama juga kami berborak merancang perjalanan. Selesai, barulah gua gerak pergi tempat nasi lauk campur. Macam-macam juga menu yang ada. Gua ambil udang goreng tepung 7 ekor termasuk 3 ekor yang gua tanam dalam nasi kasi tak nampak, telur rebus goreng sambal, sayur pajeri nenas dengan sambal belacan. Semua RM4. Murah.

Gua makan dengan teliti. Syukri, Kasim dan Firoz gua dah tak peduli. Mata Kasim gua nampak macam masih berkaca lagi. Bibir masih sakit mungkin. Selesai mencekik, gua angkat tangan paras dada baca doa selesai makan dan aminkan pada muka. Bersambal juga dahi sebab gua lupa basuh tangan dulu. Hish!

***

Bila azan Maghrib bergema, tanda kami bersurai. Sampai rumah baru gua sedar yang gua belum bayar air minuman tadi. Takpelah, raya puasa nanti gua minta halalkan. InsyaAllah.

Bersambung bila ada kerajinan kelak...

6 comments:

  1. 3 ekor udang tu haram encik razak... tp air tu halal....:)

    ReplyDelete
  2. mencangkung belah kiri sekali, x salah sye, pernah mnjadi pensyarah di jab kejuruteraan mekanikal, di poli seberang perai..

    kalau x salah laa..

    ReplyDelete
  3. aha, nama dia Ajak Sr.

    ReplyDelete
  4. aa..nme beliau juga razak..klu x slh aa

    ReplyDelete