Friday, October 29, 2010

Semah & Jijah #7

Roti bakar sama teh tarik memang kombinasi sempurna sebuah sarapan. Tidaklah setanding kombinasi air ketum sama kuih ketayap. Orang kampong pedalaman Kedah saja yang ekselen jenis sarapan macam tu. Nak nampak urban, gua kadang-kadang cuba pekena susu segar sama bijirin jagung Konfleks. Barulah ada gaya sarapan penghuni-penghuni Mont Kiara. Malangnya, gua tak boleh belah jugak. Gua lebih senang dengan cekodok pisang panas cicah susu, sama dengan teh o mak gua. Maveles!

Usai mencekik, gua main Sudoku dalam henpon. Boring. Batang buku lali Kasim masih belum kelihatan. Gua syak dia tengah menyelam untuk selamatkan dompetnya dari jatuh ke dasar lubang najis. Firoz pula sibuk menghirup kuah mee koloknya sehinggalah dia ketemu mayat cicak pada permukaan mangkuk mee nya. Kah kah kah, gua ketawa sambil melihat Firoz berlari ke tandas. Syukri macam biasa, matanya lebih cenderung ke arah awek-awek yang lalu lalang sambil kamera Firoz di tangannya. Gua jamin semuanya gambar yang tak senonoh. Pernah suatu ketika kami melancong ke Bali, tujuh puluh tujuh peratus gambar kameranya hanya dipenuhi dengan gambar wanita separuh bogel. Kejap kejap fokus dada, kejap kejap fokus punggong. Kejap dada, kejap punggong balik. Ada jugalah sekeping dua gambar pusat, ketiak, betis kaki dan cuping telinga. Patutlah dia sanggup lepak di Pantai Kuta dari pagi sampai ke petang bertemankan kamera dan jagung bakar sahaja. Perangai macam setan.


Tak lama kemudian, kelibat Kasim muncul dan diekori rapat Firoz dari belakang. Gua segera betulkan kerusi jauh-jauh dari kerusi Kasim. Gua senyum simpul, menunggu.


“Huh! Selamat tak basah sangat” Kasim mengeluh sambil meletak dompetnya yang basah kuyup di atas meja, bersebelahan nasi goreng USA-nya. Riak wajahnya bercampur aduk antara kemarahan dan kelaparan. Tanpa banyak cakap, Kasim segera melantak. Kuku-kukunya gua nampak ada banyak sisa kekuningan keemasan. Gua senyum tanpa berkata sepatah. Depan rezeki tak baik bercakap. Jadi, gua biarkan Kasim melahap dengan tenang.


Pelleppussshhh...nasi goreng USA Kasim bertempiaran lari jatuh keliling pinggan. Sudu Kasim tiba-tiba bengkok dan hampir patah semasa memotong cebisan lauk daging yang sungguh liat.


“Argghh! Sudu murah!! Bangang! Bodoh!” Kasim melenting lantang. Tanpa akal yang panjang, Kasim kembali sambung makannya. Kini, guna tangan.


“Mmmm...barulah sedap makan macam ni. Budaya Melayu kita mesti amalkan. Kah kah kah” Kasim tiba-tiba berdekah riang. Sekali sekala dia menjilat jarinya. Mata gua hanya mampu terkelip-kelip bila saja lidah Kasim menyentuh celahan bawah kuku. Gua kelu. Tekak pun dah naik payau.


***


Baru tujuh minit meninggalkan pekan Serian, perjalanan kembali membosankan. Banyak juga perkampungan rumah panjang di kiri dan kanan jalan tetapi kelibat anak-anak dara langsung tak kelihatan. Mungkin mentari sudah kian meninggi. Panas. Patutlah penyakit sawan babi Firoz dan Syukri tak muncul tiba. Syukri macam biasa, makan kerepek sambil menyikat rambut. Firoz lagi merapu, guna mulut buat wap dekat kanta sebelah kanan cermin matanya, dan melukis symbol ‘love’ dengan sebujur anak panah menembusinya. Kanta kirinya pula dilukis gambar beruang panda. Macam gampang.


“Barulah segar sikit badan aku. Bawa kereta pun makin rasa selesa. Amacam, wangi tak aku sekarang?” Kasim pandang gua sambil usha-usha penampilan kendiri beliau.


Gua terus buat-buat tidur.


***


“Awek awek. Kiri kiri kiri. Eh, kanan kanan kanan” Tiba-tiba dengan terkejut sawan babi Syukri datang kembali. Firoz dan Kasim pun kena sedikit tempiasnya tapi sawan mereka tak sebabi sepertimana yang Syukri punya.


“Wah, ramainya awek. Cun cun pula tu. Tapi kenapa mereka berpakaian sedondon dengan berkemban menggunakan kain bercorak batik berwarna pink dan memakai hiasan diri yang pelbagai?” Kasim bersuara skema, tertanya-tanya.


“Aku rasa ada majlis keraian la dekat kampung ni” jawab gua sambil mata menuju pemandangan luar tingkap. Fokus gua hanya pada awek-awek. Sampaikan bilangan tahi lalat pada kawasan atas dada awek-awek itupun sempat gua kira berapa banyaknya. Ada yang sampai tujuh tahi lalatnya. Ada yang sebutir sahaja. Yang berkulit gelap sedikit, gua malas nak kira. Mata gua jadi kelabu dibuatnya.


“Jom singgah?” Gua cetus idea. Gua pandang Kasim.


“Tarak hal” Ringkas Kasim balas.


“Amacam korang?” Gua pandang dua makhluk bangang kat belakang dengan keadaan muka masing-masing tengah terlekap pada cermin tingkap. Hidung pula bercucuran dengan darah merah pekat. Gua rasa gua tak perlu tunggu jawapan. Konfem!


Dalam beberapa ratus meter kehadapan, akhirnya kami sampai di sebuah majlis keraian yang berlangsung di sebuah kampung. Agaknya semua awek-awek tadi menuju ke sini jua. Tanpa sebarang pedoman, sebaik sahaja Kasim memberhentikan kereta di bawah sebuah pokok kedondong di bahu jalan, kami bergegas terjun keluar bagaikan askar yang sedang bertempur. Walaupun tanpa senjata, semangat kami tetap berkobar-kobar untuk berjuang. Ya, demi nafsu serakah.

“Go! Go! Go!” Firoz memberi arahan sebelum melompat keluar kereta. Gambar lukisan panda pada cermin matanya masih kelihatan. Memalukan.


Malang tidak berbau untuk Kasim. Ketika mendarat dari lompatan, tulang metatarsalnya kaki kirinya patah remuk dan beliau tersungkur di dalam semak bersebelahan batang pokok kedondong itu. Kasim langsung tidak dapat berjalan dan terpaksa berehat di bawah pokok kedondong tersebut menahan kesakitan.


“Jangan risau Sim, ko rehatlah di sini sahaja. Biarkan kami saja yang berjuang dan berkorban demi ko. Jangan kemana-mana selagi kami tidak sampai kesini semula. Kelak ada awek lebih, kami simpan untuk ko sikit” Firoz memberi kata-kata semangat sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Kasim.


“Baiklah. Siapalah aku ini dimata mereka. Sudah, jangan pedulikan aku. Pergi! Pergi!” Kasim memegang kolar baju Firoz dan menolaknya supaya segera pergi. Matanya sayu dan berkaca.


Selepas kami beredar, tiba-tiba seekor ular sawa muncul dari atas pohon kedondong dan menghampiri Kasim. Saiznya sebesar peha Samy Vellu. Panjangnya dalam tujuh meter. Kulitnya sangat indah. Perutnya pula sangat besar dengan kelihatan seperti ada seekor tenggiling yang masih hidup meronta-ronta didalamnya.


“Hacchhiiimmmm!!!” Ular sawa itu tiba-tiba terbersin menyebabkan Kasim terkejut dan segera menoleh ke atas. Ubun-ubun Kasim basah akibat kena tempiasan air hingus. Kasim amat ketakutan. Celah kangkangnya mula dibasahi ammonia. Bibirnya pula menggigil. Jantungnya bergoncang kencang. Nyawanya dianggap seperti di hujung tanduk. Tanpa arah, Kasim baca doa makan.


Bersambung...

1 comment: