Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Gambar gua Tingkatan 5 bersama Cikgu Hamdan dengan prinsip hidupnya "Biar rupa tak sebusuk Norman Hakim, asalkan 'wangi' dan sempoi". Eh, nampak 'hunk' juga gaya gua bila pekena baju batik macam ni kan?

Pertama sekali, gua ambil kesempatan ucap Selamat Hari Guru kepada semua cikgu termasuk semua pensyarah gua, sejak zaman gua main tanah liat buat bentuk Tyrannosaurus sambil kira bulu jimbit hingga zaman gua dah bela Iguana dan dah pandai potong bulu jimbit sekarang. Tak kisahlah sama ada luorang masih cikgu, encik, cik, doktor, prof, dekan, duda ataupun dah jadi janda, gua ingin lontarkan banyak-banyak terima kasih atas ilmu, kemahiran, bimbingan, pelempang dan rotan yang lu orang kasi. Gua betul-betul hargai. Cuma yang sorang dua yang ada tiba-tiba kasi pelempang sama gua tanpa usul periksa dulu-dulu, gua taknak cakap banyak. Kita jumpa di pintu syurga kelak. Jangan main-main dengan gua.

Oh ya, mereka di atas ni merupakan pendidik. Sungguh moden bukan cikgu zaman sekarang? Berkaca mata hitam, berseluar pendek, ber-jeans lusuh, ber-tee kecil dan tak lupa kepala gila-gila tetapi masih belum capai tahap metroseksual. Biarlah selekeh, janji ilmu tebal di dada dan ikhlas menabur bakti. Setakat nak harapkan rambut sikat belah tepi lurus-lurus dan kasut kilat-kilat bak dahi jendolnya tapi ilmu hapak tarak dan ikhlas kerja pula lebih kepada tukang kipas, baik jadi nelayan laut dalam. Lagi mulia.

Nasihat merepek buat semua pendidik:
  • Jangan berlagak sombong, anda bukannya hebat sangat pun. Pointer pun tak tinggi mana masa belajar dulu. Cet!
  • Buatlah kawan dengan pak guard, makcik cleaner, pemandu bas dan seangkatan. Anda pasti rasa riang berbanding kawan dengan orang sebilangan yang berjawatan.
  • Jangan kerek dengan pelajar, sesungguhnya anda akan terima berbakul-bakul kutukan di atas kepala dari belakang.
  • Jangan sibuk dengan claim, banyakkan menderma.
  • Jangan ngorat pelajar, tunggu diorang habis belajar dulu. Lepas tu lu orang nak kahwin terus pun takdehal.
  • Dahla, gua dah mula malas nak taip lagi. Oh ya, satu lagi jangan malas macam gua sekarang.

2 comments: