Thursday, April 1, 2010

Akhirnya Mereka Bertanya Juga.

Triitt..trittt.Henpon gua buat bising. Mesej datang.

Tengah mamai memang payah cari henpon. Gua sampai benjol kepala terhantuk dinding pusing depan belakang. Akhirnya jumpa jua atas lantai tepi kaki kiri katil. Mungkin jatuh masa gua tarik selimut tika azan berkumandang subuh tadi. Gua usha skrin; mesej dari Botak.

Botak kawan seragbi masa zaman universiti. Low-profile walau asal Taman Tun Dr Ismail. Jenis kejiranan yang semua menteri-menteri. Penduduknya pun boleh tahan akhlaknya. Jenis petang-petang pakai seluar pendek dengan singlet jogging keliling taman sambil dengar Ipod. Budak-budaknya pula lebih berat kepada main skateboard atau bongokkan diri bershuffle. Budak kampong juga cool; rasa bosan saja pergi pinggir hutan kejar babi.

Bercerita tentang Botak juga, kereta yang Botak pakai pun agak rare, Citroen Picasso warna hijau muda. Gua pernah tumpang sekali dulu sambil letak siku keluar tingkap pergi tengok bola kat Sri Hartamas. Saja nak berlagak sikit tunjuk muka poyo kerek. Dah paling damansara yang muka gua boleh buat tapi tak menjadi. Dasar kampung. Tangkap belut dalam sawah bolehlah.

Oh! Ok, lupakan kisah Botak. Balik kepada kisah gua semula.

“Lu ada mana? Jom lepak tengok bola malam ni.” Tanya Botak tanggungjawab sebagai peminat Manchester United. Idolanya Darren Fletcher.

“Ada kampong ma. Pahang. Sorry.” Gua usha jam henpon. 11.20am.

Gua gegas bangun, sorokkan selimut bawah bantal bagi nampak kemas dan berlalu keluar turun ke dapur cari sarapan. Gua duduk, buka tudung saji dan termenung sekejap sambil buang taik mata. Bapak gua tengah sagat kelapa dengan mesin. Mak gua pula tengah potong sayur kacang bendi. Sah masak gulai.

Bawah tudung saji tak banyak menu yang ada. Cokodok pisang, roti canai, kuah kari dan piring berisi susu untuk cicahan cokodok bapak gua. Ada juga dua ketul kuih bahulu baki dari kenduri kahwin jiran kampung minggu lepas. Bijiran-bijirin memang xda dalam kamus sarapan kami sekeluarga. Apa kami tahu, bijirin hanya untuk makanan ternakan ayam. Lebih berat untuk binatang.

Pagi-pagi layan cokodok memang masyuk. Tambah-tambah jikalau tengah panas. Gua makan macam lahanat dia punya laju walaupun dah sejuk yang mak gua goreng pukul 6 pagi tadi. Bismillah sengaja gua tak baca takut cepat kenyang. Tengah gua layan cokodok enak-enak, bapak gua berhenti menyagat kelapa dan datang duduk sebelah gua. Mak gua pun dah ngada-ngada pandang lain macam. Nyaris pisau terpotong jari.

Tiba-tiba...

“Bila hang nak kawen ni? Boleh abah hantar rombongan meminang sambil jalan-jalan”


????


Bisu.



***

Gua ambil sabit, pergi belakang rumah terus menebas lalang. Tengahari gua makan luar, Kedai Mee Kicap Mail.

Itulah mereka; berkurung dan berbatik pink.



7 comments:

  1. haha...killer question.. syabas pak cik shaari.. anak pakcik nih memang dah patut kawen.

    ReplyDelete
  2. haha..saje dia tnya mcm tu..nk ckp direct suroh ko g tebas lalang,ko mesti malas kan..

    ReplyDelete
  3. vote for pcik shaari wheee... a'aah jak, biler ko nak kawen nih? (siler tebas lalang blkg umah aku plak :P)

    ReplyDelete
  4. kompang dipalu, pengantin baru
    duduk bersanding, tersipu malu.
    Ajax. aku teringin nak tengok ko tersimpul malu atas pelamin sambil mengcover gusi ko. hahaha.

    ReplyDelete
  5. ajak...cepat la kawen..
    aku pun dh lame tak pi rmh hang
    leh pi makan nasik myk kenduri hang..

    ReplyDelete