Thursday, September 17, 2009

Sayu Hari-2


6.06 am: Tettt...tett...tettt....tetetetet.........(penggera irama Motion Motorola berbunyi)

Mata pejam, gua raba-raba persekitaran cari handset. Dalam cubaan untuk mematikan penggera, penat juga gua meraba-raba sekeliling. Kejap gua terpegang remote Astro. Kejap remote tv pula. Kejap gua punya buku lali pun ada. Tension mencuba, akhirnya gua ketemu jua dibawah tindihan belahan bontot kiri gua. Gua capai, matikan penggera sambil berdengus "huh! sini rupanya lu. Kalau gua ada bini, konfem gua tak raba-raba xtentu hala macam ni. Tentu raba-raba gua semua ada hala. Cis!" Kemudian, gua sambung tidur sikit lagi. 7 minit. Gua janji.

Sedar-sedar dah 6.25am. 7 minit konon. Janji kepala bongek! (hahaha)

Arini, lalu lintas Jalan Matang dah mcm kat highway Fiji. Semua lancar. Cuma kadang-kadang saja kelihatan anjing-anjing peliharaan perkampungan Iban yang bermain berkeliaran di tepian kiri kanan jalan yang bikin gua agak panas sikit. Gua buka tingkap, kasi hon sepam dua, bila anjing-anjing angkat muka pandang saja, gua tunjuk penumbuk kat muka mereka masing-masing. Bukan apa, kang xpasal-pasal kereta Blangkat kena samak. Takde keje gua nak samak-samak time gua sayu-sayu ni. Malas. Kepala hotak gua dah ke arah kuih tart, lemang, ketupat, tapai dan segalanya.

Sampai opis, gua duduk kat meja, gua pandang sekeliling.

Hmmmm............

???

***NotisSambilan: Gua xtahu sembahyang Jumaat karang macam mana. Takkan gua nak suruh Mike Joe Anak Juing azan?huh!

No comments:

Post a Comment