Thursday, September 10, 2009

Penangan Penyet.

Yeah! Akhirnya gua ketemu jua sama si Jalur Lebar Tanpa Wayar. Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni, mula-mula gua nak kasi ucapan Selamat Berpuasa kepada semua nun jauh disana dari gua di perantauan sini. Pergh..bunyi macamlah gua jauh sangat? Muga semua dapat berpuasa penuh disamping bertarawikh. Bagi yang selalu bercuti (wanita), gunakan cuti anda dengan bijak dengan makanan yang enak-enak sambil tunjuk berlagak macam konfem masuk syurga. Pesanan khas untuk wanita berkahwin yang bercuti, jangan ngada-ngada nak goda-goda si suami di siang hari. Nampak biadap! Bagi yang sukar dapat cuti (lelaki), cubalah ambil MC. Lepas tu, lu jawab sama malaikat sendiri. Kalau malas, apa susah? Lu mengaku lu orang Yahudi.

Gua tahu lu orang berbuka puasa sedap-sedap dan meriah. Gua malas nak dengki-dengki. Gua cuba buat-buat tak iri hati. Tapi gua benci lu orang semua macam gua benci Azwan Ali!

Menu Ramadhan Gua;
Isnin: Buka=Nasi Ayam Penyet, Sahur=Susu.
Selasa: Buka=Nasi Ayam Penyet, Sahur=Susu.
Rabu: Buka=Nasi Ayam Penyet, Sahur=Air Masak.
Khamis: Buka=Nasi Ayam Penyet, Sahur=Skyjuice Segar.
Jumaat: Buka=Nasi Ayam Penyet, Sahur= Air Liur Basi Ais.
Sabtu: Buka=Nasi Ayam Penyet, Sahur= Air Liur Basi Suam.
Ahad: Buka=Nasi Ayam Penyet, Sahur=Susu.

Amacam, konsisten tak?

NotisSambilan:
#Sampai sekarang gua tak tahu 'penyet' itu apa dia. Iras 'nasi kukus' pantai timur pun ada. Semacam je gua balun lahap. Rasanya nyaman. Ok sikit dari Nasi Goreng Kucing.
#Susu 3 hari je bertahan. Tunggu minggu berikutnya pula. Sen takda ma! Sini harga susu macam harga sportrim kereta!
#Satu lagi, gua xpernah tanya penjual tu kaum apa. Asal muka ada nampak melayu je, gua 'on' je. Kira buat-buat xtahu n xsengaja. Takpe kot?

2 comments:

  1. haha... nyaman eyh...
    ko balik raya tak ajak?
    kalau tak balik, aku nak dediket lagu DENDANG pERANTAU nyanyian p.Ramlee khas buat kau...

    ReplyDelete